tatkala sedang mendirikan solat, kami dikejutkan dengan tembakan bunga api bertalu-talu ke ruang angkasa. hati sudah gundah, apakah keputusannya ? kekalkah dr.mursi sebagai presiden ? atau menangkah puak-puak tamarud ?
usai solat, ahli beit menunjukkan newsfeed di facebook. ya, tentera telah melakukan rampasan kuasa. remuk hati, aku masih belum puas menikmati suasana islam yang ditunjukkan dibawah kepimpinan beliau. baru setahun jagung pemerintahan beliau. sudah kalian wahai penduduk Mesir menghakimi beliau gagal dalam pemerintahannya ? ah, bagaimana kalian mampu bersabar dengan si mubarak yang memegang tampuk pemerintahan hampir 3o tahun, tetapi kalian tidak mampu bertahan dengan seorang pemimpin islam yang perlukan waktu memperbaiki kerosakan yang dilakukan selama 3o tahun ?
gambar kredit kepada Waizury Ib |
rasa yang sama aku rasa pada tanggal 505 yang lalu, kerajaan pimpinan ustaz azizan di kedah jatuh. sungguh aku masih belum puas bersama mereka. di negeri jatuh duduk aku membesar, walaupun aku bukanlah anak jati kedah, tapi boleh dikatakan aku membesar sepenuhnya di tanah yang penuh barakah itu. terkenangkan, kuliah-kuliah agama yang saban minggu diadakan di seri mentaloon. masih wujudkah ?
mesir, walaupun aku tidak punya pengetahuan yang banyak tentang apa yang berlaku sepanjang pemerintahan dr.mursi, tapi beberapa tindakan beliau sudah cukup membuatkan aku mengagumi beliau seperti mana aku mengagumi ustaz azizan. dua orang ulul amri inilah yang mula-mula bertapak dalam hati. kalau sebelum ini, bila disebut Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi aku setakat tahu, ya mereka orang-orang yang berusaha mendirikan Islam, tapi hati belum tahu untuk mencintai ulama-ulama seperti mereka. kerna ust. azizan dan dr.mursi, Alhamdulillah, Allah campakkan rasa cinta kepada ulama-ulama yang berusaha membangunkan Islam, bilamana berada di bawah kepimpinan mereka.
aku masih berharap baki-baki tahun yang akan aku tempuh di bumi anbiya' ini, aku bisa merasakan Islam yang sebenar-benarnya. aku pasti setiap aturan Allah itu pasti ada hikmahnya. bersabarlah wahai dr.Mursi dan sekalian umat Islam. kemenangan Islam pasti akan tiba. waktu ini, saat ini, terkenang akan nasib saudara Islam di bumi Palestin dan Syria khususnya, akan terbelakah nasib mereka seperti di bawah pemerintahan dr.Mursi ? Allah bersama kalian.
# muhasabah, mungkin ini semua kerna kita. bilamana di ambang kekalahan baru sibuk sujud menghadap Ilahi, baru sibuk mengirim doa sedangkan di awal waktunya sibuk dengan hal-hal dunia. ya aku akui, Islam belum benar-benar tertegak dalam diri. mungkin Allah mahu kita menjadi antara orang-orang yang membangunkan islam dengan sebenar-benarnya. dari sudut lisan, tingkah laku dan tindakan, bukan hanya menjadi pemerhati saat Islam diangkat..
apakah daso-dosa Mursi ini yang kalian benci ?
Dosa Mursi itu adalah kerana dia boleh membawa Mesir dalam setahun ke arah jelapang makanan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampaui 60%. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.
Dosa Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.
Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak lebih 200%, manakala harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.
Dosa Mursi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.
Dosa Mursi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.
Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.
Dosa Mursi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasa nikmatknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.
Dosa Mursi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan.
Dosa Mursi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.
Dosa Mursi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.
DosaMursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kongkongan kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan memerlukan bertahun-tahun untuk melakukan hal itu.
Dosa Mursimeningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diambil kira.
DosaMursi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.
Dosa Mursi adalah kerana ia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.
Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.
Dosa Mursiadalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.
Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan kroni-kroninya.
Dosa Mursi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya dan berusaha menghabisi kecurangan.
Dan banyak lagi dosa-dosanya yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan musuh politik Mesir kepanasan, terutama Amerika dan Israel yang menjadi dalang utama.Kerana dosa-dosa itulah makaMursi akan digulingkan oleh munafik-munafik penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta puak Islam munafik. Mereka memandang Mursi sudah gagal dah akan membawa Mesir ke arah kehancuran.Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang. Itulah "dosa" insan bernama Morsi. Orang Islam amal sekular ini memang rapat dengan Amerika & Yahudi. Dan mereka tidak pernah akan sokong agenda Islam walaupun mereka kalah dibawah sistem mereka cipta.
#di copy dari facebook