Monday, July 15, 2013

Histology and Confident


bismillahirrahmanirrahim.

alhamdulillah, hari ni exam histology berjalan dengan lancar setelah ditunda dari 9haribulan lepas. tawakal dengan apa yang aku dah tulis tadi. walaupun malam exam yakni semalam, memang hati taktenang, taktahu nak buat apa. bila bukak buku hati, mata, kepala, akal, badan takboleh nak tumpu hanya Allah tempat mengadu. Alhamdulillah pagi tadi, Allah datangkan ketenangan, walaupun sikit. tulis jawapan panjang berjela, tapi taktau point mana yang di ambik kira.

lepas habis je written terus proceed dengan oral. waktu tunggu giliran pon masih taktau nak tengok balik buku-buku kot ada point penting yang singgah sekali lalu depan mata. aku dengan Atie sibuk perhati mulut doktor dari jauh, mentafsir soalan apa yang doktor tanya dekat kawan-kawan yang kena awal. PANCREAS. ni yang kami perasan dalam ramai-ramai yang kena, nampak mulut doktor sebut pancreas.. baru bukak buku pulak tengok pasal pancreas, dan yang takbestnye taklama lepas tu kami rasa doktor perasan kami dok perhati mulut dia. lepas dia tnya soalan je terus mata dia tengok ke arah kami. ngaaaaa cuak kot. terrus taktengok muka doktor kang kena aim dengan doktor, kalau dapat soalan senang alhamdulillah, kalau susah tak ke nayaaaa ?

dan akhirnya, sampailah giliran aku. dan ditakdirkan aku kena panggel dengan Atie ! rasanya sebab dah lambat, bawab yang jaga dewan dah sibuk nak tutup dewan kot. duduk la aku dengan Atie depan doktor menunggu soalan. Dan, alhamdulillah aku boleh jawab oral kali nih. cumanya aku tak konfiden, aku jawab tapi mesti dekat belakang perkataaan tu aku macam sebut lambatt-lambat. dan nasib baik doktor pon mengIAkan apa yang aku cakap, so senang, dah tahu kita jawab betul. sebab kadang-kadang ada certain doktor akan buat dono je bila kita jawab, takde reaction lansung. terkkapai-kapai kita [AKU], takut apa yg aku akan cakap tu salah., memandangkan waktu nih info dalam kepala dah bercampur jadi macam rojak. mungkin ada Atie dekat sebelah, buat aku tenang. Alhamdulillah.
yet, CONFIDENT is very important.


oh. bahaya kalau doktor tak konfident ! :(

esok akan diadakan himpunan besar-besaran menentang rampasan kuasa terhadap presiden MESIR, DR.MURSI. doakan himpunan kali ini membuahkan hasil. amiinn
lusa, last paper for second year for ainshams med's school, PSYCHOLOGY.
tulat, akan terbang ke MALAYSIA ! insyaAllah.
tungin, akan menjejakkan kaki ke tanah air tercinta.
terbalik, mungkin sudah merayau-rayau di pekan Jitra. :D
doakan semuanya berjalan lancar, tanpa sebarang masalah.
and keep praying for Syria, Gaza and Egypt.


footnote : membuak nak cuba buat bisnes jual barang-barang mesir, tapi apakan daya, belum punya kekuatan. 
# malas nak buat sesi muka tebal dok promote-promote kat orang sebenaqnya ;'( 
# konfiden itu masih belum ada dalam diri

Friday, July 12, 2013

minuman wajib bulan puasa

bismillahirrahmanirrahim.

tetiba teringat air soya buatan abah tersayang. kalau sebelum ni, boleh kata tiap hari bulan Ramadhan memang wajib akan bukak puasa dengan air soya. air soya gula merah tau ! ini first time puasa tak ada air soya.

Semoga Allah murahkan rezeki mak abah bulan Ramadhan ni. Amin.
Abah, tunggu kite balik, nanti kite ikut tolong abah beniaga kat bazar.
Mak, tunggu kite balik, nanti kite solat terawih sama-sama dekat masjid.
InsyaAllah.

soya cincau pon sodap. gambar ihsan GOOGLE.



footnote : homesick ! doakan exam hari ahad depan akan berjalan seperti biasa. nak balek kampung :'(

Thursday, July 11, 2013

taraweh !

bismillahirrahmanirrahim.

okeh, dah maken rajin pulak hapdet. dah la bulan puasa. heh. maken rajin pulak engkau bukak internet ? ape kes ? bukak la quran ! buku histo ke, buku ilmiah ke. 

hihi, ni usaha nak mencelikkan mata sampai pukol 3 japgi, nak sahur lepas tu terus solat subuh. sini kalau aku tidur malam, memang melepas la nak sahur. dah la perut ni manja terlebih, nasib baik bulan puasa ni dah faham sikit tuan dia kena puasa, and lagi teruk terlepas solat subuh oiiii !

1st day ramadhan, takbanyak benda yang aku buat, sobs. dapat tilawah alquran sikit. baca buku histo 2-3 mukasurat, buat latihan 2mukasurat. teraweh pon terkurang daripada semalam. tapi, alhamdulillah dapat teraweh dekat masjid harini. join am, ifa, nad dengan nispa. first time terawih dekat masjid di perantaun, first terawih semalam buat dekat rumah je, sorang pulak tu. memang menggamit memori ke kampung lubok kawah la jawabnye ! ahli beit ramai yang Allah bagi cuti, yang lagi dua orang dah lari dari rumah. sorang pergi balek rumah negeri, katanya nak dapat zuuppp terawih jemaah dekat surau rumah negeri, kes haritu JAKSI takgalakkan solat dekat masjid dengan keadaan Mesir yang masih takstabil. yang sorang lagi teman kawan dia dekat rumah, dah kena tinggal sorang-sorang sebab ahli beit semua dah balik malaysia. so tinggalllah aku keseorangan, memang insaf kot. mana taknya kalau sebelum ni memang liat nak ikut mak pergi masjid, sekali kena puasa dekat negara orang Allah bagi cash, rasa puasa sorang-sorang, terawih pon sorang-sorang.

tapi, tadi keluar pergi masjid selamber je takpakai musyrif. sebab jalan ke masjid memang meriah dengan orang-orang arab. best la jugak, macam duduk kampung, cumanya kalau kampung tanah air nak ke masjid kena naik motor, sini jalan kaki. memang best ! ke aku sorang je rasa best jalan kaki ? abaikan. tapi, masjid sini mostly buat 8rakaat je. tadi lepas habis 8rakaat terus imam bangun buat witir, terus tengok ifa, dah witir ke ? haha padahal tadi dah teragak-agak nak keluar lepas 8rakaat tu, takselesa dengan tudung aku yang satu ni. okeh, habis pasal terawih :D

HAH, nak kasi tips khatam al-Quran untuk bulan puasa ni. 
alang-alang tadi pagi tengok video ustaz zahazan, nak share apa yang dapat.
puasa kan selalunya 29 hari, tapi kata ustaz zahazan kita amik 27 hari, sebab hari yang 27 ni banyak yg kata malam lailatul qadar. so,

604mukasurat bahagi 27hari = 22.37ms / hari
23 bahagi pulak dengan 5waktu solat = 4.6ms / solat

bila dah bahagi ikut waktu solat, nampak ringan sikit kan ? insyaAllah, boleh khatam quran bulan Ramadhan kali ni. tapi, kalau rasa takmampu boleh je nak bahagi dengan 29., try jugak untuk habiskan al-Quran bulan Ramadhan ni. tapi, aku takbahagi dengan 27, aku bahagi kurang daripada 27. orang perempuan kan ada Allah bagi cuti, so aku tolak berapa hari aku selalu cuti dapatla dalam 6-7 mukasurat per solat. lebih sikit je pun dari yang bahagi dengan 27,29 hari. kalau novel setebal 3++ mukasurat boleh habis 7hari., meaning, sehari dalam 4+ muka surat boleh baca., takkan Quran tak boleh ? dapat pahala berganda pulak tu.

dan satu lagi, jangan lupa qiam ! specially orang-orang yang macam aku ni hah. tak tido malam, jangan lepaskan peluang nih, even korang tak tidur lansung lepas isyak + terawih tadi. rugii bhai. macam zaman aku bodoh dedulu, stay up study tapi tak qiam pon. sebabnye dulu aku paham kalau nak qiam kena tidur dulu. tapi tahun lepas ada ustad kasitau qiam tu maksudnye berjaga malam, so dah taktidur, berjaga la kan. Allah terima ke tak, tu lain kira, at least kita dah try buat.



di bulan Ramadhan ni jom kita praktis untuk
KURANGKAN MAKSIAT, TINGKATKAN AMAL !
moga bulan puasa ni jadi titik tolak kita untuk jadi insan yang lebih baik dari hari-hari semalam.


Salam Ramadhan Kareem dari Bumi Kinanah.



footnote : bukak puasa hari pertama dapat nasik ayam ! thankkayu my ahlibeit. sekarang mengidam donut pulak, aiseh. rindu bazaaaar !

Wednesday, July 10, 2013

like nothing happen ?

bismillahirrahmanirrahim.

isnin lepas, bangun tidur, celik mata terus on handphobe connect internet terus log in facebook. boleh kata dah jadi rutin sejak 307 lepas. masih ternanti-nanti kembalinya dr.mursi sebagai presiden mesir. lepas solat subuh, tengok handphone, terus terbaca tentang serangan yang dilakukan oleh tentera terhadap penyokong dr.mursi waktu solat subuh !

okeh, mengucap panjang. sampainya hati tentera-tentera ni lepaskan tembakan waktu orang tengah solat. seriously, most of them are muslim, how could they do something like that ? syurga pasti buat kalian para syuhada'. memang haritu dah takboleh fokus nak study untuk exam, kerja tengok facebook nak tahu apa tindakan penyokong ikhwan dan dr.mursi, apa kata presiden haram adly mansour, apa kata tentera. hati taksanggup nak tinggalkan mesir dalam keadaan yang macam ni. sebelum ni ingatkan dah ada tanda-tanda pihak tentera akan tarik balik rampasan kuasa. tapi silap, lagi teruk apa yang mereka buat. dah macam tentera israel dengan syria.

petang tu, timbul ura-ura kata talian internet dengan telefon akan diputuskan. nak sembunyikan apa yang jadi subuh tadi, padahal benda ni dah tersebar meluas. dan sebelum masuk waktu asar, heboh pulak pasal exam budak-budak ainshams yang akan ditunda. dah macam cacing kepanasan, kalau sebelum ni senior-senior tahun 3,4 dengan junior je yang kena tangguh., kali ni kami pulak yang merasa. setakat hari ni, exam ditunda ke 14 dan 16 julai. doakan, ada hikmah mungkin, Allah tahu aku masih belum bersedia.

ini point yang sebenarnye aku nak tulis, aku hairan dengan penduduk abbasiyah.
yang rata-ratanya aku tahu mereka ni kebanyakannya antimursi. tapi mereka still boleh jalankan aktiviti harian macam biasa dalam keadaan sekarang, dengan apa yang baru jadi hari isnin lepas. tak ada sikit pon dalam hati nak turut serta menentang pihak tentera lepas apa yang tentera buat pada orang ISLAM. rasa macam nak je pergi tanya ammu kedai bawah ni, ammu engkau sokong siapa ? engkau tahu tak tentera buat apa dekat penyokong-penyokong dr.musi waktu solat subuh hari isnin lepas ? engkau tak rasa marah ke ? ah ammu, pentingkan poket je kan ? kalau aku fasih cakap bahasa arab memang dah lama aku attack ammu ni. tapi apakan daya, dah la nak cakap pon terkial-kial cari perkataan., dikeliling pulak dengan puak-puak tamarud memang tak la. memang cari nahas.

doakan mesir kawan-kawan. bukan sebab aku risau dengan tiket flight sangat. tapi, aku nampak yang pihak tentera dan presiden haram tu takkan beranjak dengan apa yang mereka buat. takat sekarang je senang-senang lantik perdana menteri baru, tak kisah lansung dengan rakyat yang sabar menolak rampasan kuasa ni. tentera pulak bukan main berani tembak-tembak suka hati. Allah, moga yang HAQkan tertegak dan yang BATIL kan jatuh. Allah memegang segala rahsia setiap apa yang berlaku, aku mintak sangat-sangat doakan ISLAM dibumi Mesir. 

doakan dr.mursi diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ni.
doakan rakyat mesir tetap dalam mempertahankan kebenaran, diberikan kesabaran dan ketabahan menempuh hari-hari yang mendatang dalam bulan ramadhan.
doakan penyokong tamarud dibukakan pintu hati oleh Allah.
doakan kemenangan Islam dibumi palestin, syria dan mesir.
doakan perjalanan exam kami dibumi mesir berjalan lancar.
amin, amin, amin.


footnote : pertama kali sambut bulan ramadhan di perantauan berseorangan. sobs 

Thursday, July 4, 2013

aku belum puas bersama kepimpinan mereka

bismillahirrahmanirrahim.

tatkala sedang mendirikan solat, kami dikejutkan dengan tembakan bunga api bertalu-talu ke ruang angkasa. hati sudah gundah, apakah keputusannya ? kekalkah dr.mursi sebagai presiden ? atau menangkah puak-puak tamarud ?

usai solat, ahli beit menunjukkan newsfeed di facebook. ya, tentera telah melakukan rampasan kuasa. remuk hati, aku masih belum puas menikmati suasana islam yang ditunjukkan dibawah kepimpinan beliau. baru setahun jagung pemerintahan beliau. sudah kalian wahai penduduk Mesir menghakimi beliau gagal dalam pemerintahannya ? ah, bagaimana kalian mampu bersabar dengan si mubarak yang memegang tampuk pemerintahan hampir 3o tahun, tetapi kalian tidak mampu bertahan dengan seorang pemimpin islam yang perlukan waktu memperbaiki kerosakan yang dilakukan selama 3o tahun ?


gambar kredit kepada Waizury Ib


rasa yang sama aku rasa pada tanggal 505 yang lalu, kerajaan pimpinan ustaz azizan di kedah jatuh. sungguh aku masih belum puas bersama mereka. di negeri jatuh duduk aku membesar, walaupun aku bukanlah anak jati kedah, tapi boleh dikatakan aku membesar sepenuhnya di tanah yang penuh barakah itu. terkenangkan, kuliah-kuliah agama yang saban minggu diadakan di seri mentaloon. masih wujudkah ? 

mesir, walaupun aku tidak punya pengetahuan yang banyak tentang apa yang berlaku sepanjang pemerintahan dr.mursi, tapi beberapa tindakan beliau sudah cukup membuatkan aku mengagumi beliau seperti mana aku mengagumi ustaz azizan. dua orang ulul amri inilah yang mula-mula bertapak dalam hati. kalau sebelum ini, bila disebut Tuan Guru Nik Aziz dan      Tuan Guru Haji Hadi aku setakat tahu, ya mereka orang-orang yang berusaha mendirikan Islam, tapi hati belum tahu untuk mencintai ulama-ulama seperti mereka. kerna ust. azizan dan dr.mursi, Alhamdulillah, Allah campakkan rasa cinta kepada ulama-ulama yang berusaha membangunkan Islam, bilamana berada di bawah kepimpinan mereka.

aku masih berharap baki-baki tahun yang akan aku tempuh di bumi anbiya' ini, aku bisa merasakan Islam yang sebenar-benarnya. aku pasti setiap aturan Allah itu pasti ada hikmahnya. bersabarlah wahai dr.Mursi dan sekalian umat Islam. kemenangan Islam pasti akan tiba. waktu ini, saat ini, terkenang akan nasib saudara Islam di bumi Palestin dan Syria khususnya, akan terbelakah nasib mereka seperti di bawah pemerintahan dr.Mursi ? Allah bersama kalian.

# muhasabah, mungkin ini semua kerna kita. bilamana di ambang kekalahan baru sibuk sujud menghadap Ilahi, baru sibuk mengirim doa sedangkan di awal waktunya sibuk dengan hal-hal dunia. ya aku akui, Islam belum benar-benar tertegak dalam diri. mungkin Allah mahu kita menjadi antara orang-orang yang membangunkan islam dengan sebenar-benarnya. dari sudut lisan, tingkah laku dan tindakan, bukan hanya menjadi pemerhati saat Islam diangkat..