Friday, June 21, 2013

Syria, maafkan aku


Bismillahirrahmanirrahim

Mimpi.

Aku mimpi aku ada dekat syria. And with me, atau tepat lagi aku bawak senjata api. Dalam mimpi tu aku duduk dekat satu bangunan, and aku agak tu rumah orang-orang sunni. Dalam tu ada kanak-kanak syria yang taktakut lansung dengan askar bashar assad. Bahkan mereka la yang jadi spy [?]  yang tolong bagi isyarat dekat aku and seorang lagi yang ada dengan aku,[Taktahu siapakah gerangan insan itu] samada keadaan selamat atau tak.

Suddenly, the children showed [X] which mean takselamat. And dada waktu tuh mula berombak kencang. And we were hiding behind the wall. And i saw bashar’s army turun dari atas bumbung macam aksi yang selalu kita tengok dalam movie atau cerita-cerita polis and army. Jantung memang rasa macam nak terkeluar dah waktu tu. And dari arah lain, we saw another two to three man coming, and i suspected that they were also bashar assad’s man. But they just ignored us. Aku agak they thought that we’re just normal citizen like other’s. 

Tapi, salah seorang daripada lelaki tu patah balik, menuju ke arah kami. Aku rasa dia nampak kami berdua bawak senjata. Tapi alhamdulillah, senapang [kot] yang aku bawak dah ditukar dengan payung hitam. Dalam hati, aku agak budak-budak syria tadi dah tolong sorokkan waktu aku takperasan. Tapi satu lagi senjata yang mirip paip besi galvani [taktahu senjata ni nama apa] tuh budak-budak tuh takdapat sorokkan. berat. waktu tu memang doa supaya Allah hijab lelaki tuh daripada nampak benda tuh. harap-harap dia ingat tu hanya lah paip besi yang tersadai.

lepas  tu,...

aku terbangun. dalam hati tanya balik diri.. betul ke engkau berani sampai macam tu sekali ? sanggup ke ? :'( semoga Allah berikan kekuatan untuk rakyat Syria memerangi bashar assad laknatullah. insyaAllah kemenangan pasti berpihak kepada Islam.




Tuesday, June 18, 2013

jelapang

makin dibaca, makin rasa diri ni taktahu ape. sungguh ilmu Allah itu terlalu luas. :'(
jangan pernah mendabik dada menghadap langit bilamana engkau menuntut ilmu.
jadilahh seperti resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.


Tuesday, June 11, 2013

tawakal letak tang mana ?

bismillahirrahmanirrahim

8 jun, oral exam for physiology. 
ditakdirkan kena sesi yang terakhir, start 12.30pm.
pagi-pagi tuh memang cuak. takut, sebabnya lepas habis written exam 6hb balek rumah cek jawapan banyak yang tertukar fakta, fakta banyak yang terbalek. pagi tuh try baca-baca lagi buku physio tu, bila baca banyak yang baru paham..adess and yet baca tuh still banyak yang takmasuk kepala. memang tawakal, baca selagi mana boleh., selagi sempat.

lepas solat zohor terus berkejar pergi U, bajet kalau nak solat lepas exam belum tentu akan habis awal, nak kena tunggu turn la, kang dapat dr yang banyak tanya takpasal habis waktu.
waktu tunggu nama kena panggil, ternampak bebudak arab yang dapat dengan dr. fatma bising-bising,muka cuak. sengih je sorang-sorang. teringat dr. fatma lebda, mengajar respiration waktu tahun1, tahun ni ajar digestion. kalau tahun lepas most of waktu kelas dr memang akan mengantuk, alhamdulillah tahun ni dah kurang. akhirnya, kami enam orang, 50*9-50*4 dipanggil makcik jaga exam tu untuk get ready. bila ditanya dr mana yang akan menyoal kami, makcik tu jawab DR. FATMA. nahhhh, semua dah gelisah., dalam hati, tudia tadi dok gelak kat budak arab, sekali kena jugak dengan doktor.

awal-awal tuh set positiff-positif., dr panggil masuk dua orang dalam satu-satu time, kalau ikut perkiraannya aku akan masuk dengan *4, tapi waktu *1 dengan *2 masuk, tah ada masalah ape  tah, *2 panggil kami masuk sekali, *3 dan *4 dua-dua orang nickname yang sama. habis tuh blurr siapa yg kena masuk. patutnya *3,aku yg kena masuk la kan. but I refused to enter into the examination room, sebab memang tengah blur,. memang bajet akan kena masuk dengan *4. lepastu they told me that dr panggel masuk.

masuk bilik dr, dr mintak ID kad lepastu terus kena sound. 
" i tell you to enter why you refused to enter, give me your ID ! "
seriesly macam ehh? apehal ? memang mood waktu tuh dah down gila ah, awal-awal lagi dah kena marah. rupanya dr nak cek no.ID *2, sebab sini arab tulis 2 nak sama dengan 3, waktu  tu memang maacam bengang dengan *2, sebab *2 aku kena marah. tapi hati waktu tuh kata, sabar-sabar..ade hikmah. lepas habis cek no.ID aku barulah dr. tanya soalan dekat *2, and aku boleh dengar ape yang dr tanya *2, aku dengar and recall balek apa yg aku dah baca, kot ada yg aku terlupa tertinggal. banding dengan apa yang aku baca.

bila sampai giliran aku, 1st soalan dr. tanya soalan yang sama dgn soalan yg dr tanya *2. and i wassss. okeh answer..memang sebijik lah dengan apa yg *2 jawab and aku tambah sikit-sikit. soalan ke-2 pon sama, dalam hati eh dr saje ke ape, ke dr lupa. sebab 3kawan yang awal soalan taksama pon,  habis jawab dr kata "you're excellent", dalam hati, eh aku copy ayat *2 je kot..memang dalam hati waktu tu rasa syukur yang amatttt. tiap yang berlaku ada hikmah,.alhamdulillah. bila pikir-pikir sensorang, tah-tah dr rasa bersalah kot marah aku awal-awal tuh, tuh yg dr stay dengan soalan yg sama tuh.

and alhamdulillah, sesi yg ke-2  dapat dengan dr.nihal, still dr yang digeruni ramai. tapi alhamdulillah bila positifkan fikiran hilang rasa takut, walaupun banyak yg aku jawab dr akan tolong jawabkan sikit-sikit, and dalam masa yang sama boleh sengihh depan dr macam kerang busuk. 


memang sengih depan dr dah macam ni dah :3


teringat dialog dengan kak S,
I : realiti sebenar waktu study :'( mesti akan stress bila rasa apa yg buat tak membuahkan hasil
S : Habes tu tawakkal letak tang mna?



moral of the story, letakkan tawakalmu setinggi-tingginya pada ALLAH. :D
doakan perjuangan kami batch ohana yang baru sahaja bermula. next, biochemistry paper killer rasanya, all is well insyaAllah.